Temasya Sukan SRITI, PASTI Padang Rengas

PADANG RENGAS: Temasya Sukan SRITI dan PASTI Kawasan Padang Rengas telah berlangsung serentak pada acara yang dilangsungkan di Astaka Dato’ Sagor, di sini semalam.

Advertisement

Ketua Pemuda PAS Padang Rengas, Muhammad Helmi Affindi Ali dalam ucapannya memaklumkan bahawa pihaknya mensasarkan peningkatan murid PASTI dan juga SRITI pada sesi ini.

“Misi kita untuk menambah lagi bilangan murid PASTI dan juga menambah lagi murid SRITI. Komitmen ini sudah pasti tak akan terlaksana tanpa bantuan ibu ayah, murid-murid dan semua masyarakat Padang Rengas,” kata beliau.

Beliau turut mengharapkan sumbangan berterusan dermawan bagi projek pembangunan SRITI sulung yang menelan belanja sebanyak RM980,000 melibatkan pembinaan bangunan tiga tingkat.

“Kita harap kepada semua yang hadir dapat memberi sumbangan bahkan dapat menyebarkan tentang ini. Kerana insya Allah pahala ini akan berkekalan sehingga kita mati,” ujar beliau lagi.

Dermawan yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank CIMB (8603414522) atas nama SRITI At-Taqwa Padang Rengas.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Ustaz Mohamad Sauffi Asyraf di talian 011-13125809. – HARAKAHDAILY 30/9/2019 

IMG 20190930 WA0064

IMG 20190930 WA0066 

IMG 20190930 WA0067