11 tahun tagih janji DAP hapus Tol Sungai Nyior

PADA Februari 2008, DAP melalui Lim Guan Eng menabur janji Manifesto PRU12 kepada rakyat Seberang Perai untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior apabila diberi kuasa memerintah Negeri Pulau Pinang. 

Advertisement

Desakan demi desakan oleh rakyat, Kerajaan DAP tetap dengan alasan bahawa mereka tiada kuasa mutlak untuk memansuhkan Tol Sungai Nyior kerana bidang kuasa tersebut didakwa merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan .

Kini 11 tahun DAP berjaya mengekalkan kemenangan di Negeri Pulau Pinang serta bersama dengan Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Pusat, mereka masih membohongi rakyat tanpa ada usaha demi meraih simpati rakyat untuk mereka terus berkuasa.

Penduduk Pulau Pinang dirundum malang apabila kadar tol tersebut dari RM0.50 sejak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dibina pada tahun 2007 ini terus naik kepada RM1.20. Ini menambahkan beban kepada pengguna terpaksa membayar tol yang mahal walaupun jarak antara Butterworth ke Seberang Jaya hanya 3KM.

Sekiranya Kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar serius mahu menghapuskan tol tersebut, Kerajaan Negeri mahupun Pusat boleh berbincang dengan syarikat konsesi yang menguruskan tol terbabit untuk mengambil alih dan menjadi milik kerajaan sepenuhnya.

Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan mendesak Kerajaan Pusat mengkaji semula kewajaran Tol Sungai Nyior dengan menunjukkan keseriusan dan bukan sekadar janji palsu dan retorik sahaja.

“Demi Islam”

ZUZALEE ARIFFIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan – HARAKAHDAILY 1/10/2019