The Biggest Loser Weight Gombak catat kejayaan

GOMBAK: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Gombak telah menganjurkan program yang julung-julung kali diadakan oleh Pemuda PAS.

Advertisement

Program The Biggest Loser Weight (TBLW) Gombak 2019 telah dijalankan selama 6 minggu bermula dari 19 Ogos lalu dan telah berakhir dengan jayanya, kelmarin.

Majlis penutup TBLW ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah DACS Malaysia, Muhammad Fadzli Abu Bakar yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor.

Dalam masa 6 minggu, seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Pemuda PAS Gombak telah menjalani pelbagai latihan, modul dan kelas intensif.

Ianya dikelola oleh para jurulatih yang dilantik seperti kelas teori kesihatan, gym, ‘workout’ studio, kelas ‘fitness’ dan cara senaman serta pemakanan secara betul.

Turut memberi pengisian adalah Pengerusi Kelab DACSFit Malaysia, Mohd Syafiq Mohd Khairi sendiri di mana beliau telah mengendalikan slot senaman ‘TA-BA-TA’.

Seramai empat peserta berjaya menurunkan berat badan lebih daripada 5 kilogram dan akan dipulangkan semula yuran penyertaan telah dibayar pada awal program oleh pihak penganjur.

Setiausaha Pemuda PAS Gombak, Mohd Abd Muhaimin Mahamaddin telah dinobatkan sebagai Pemenang TBLW 2019 di mana beliau berjaya menurunkan berat badan tertinggi.

Sebanyak 8.4 kilogram diturunkan beliau dalam masa 6 minggu meninggakan peserta yang mendapat tempat kedua, Mohamad Suffi Kamari dengan penurunan sebanyak 8.2 kilogram.

Pihak DACS dan DACSFit berharap semua peserta akan terus istiqamah dalam menjaga pemakanan, kesihatan dan senaman yang telah diajar di dalam program TBLW.

Penghargaan turut diberikan kepada empat jurulatih TBLW, Meor Abdullah Meor Omar Baki selaku ketua juralatih, Mohd Azlan Omar, Mazeni Keling dan Mohd Nidzam Azhar.

“Kami berharap semua peserta dan Pemuda PAS Gombak khususnya dapat mengekalkan kesihatan masing-masing di tahap terbaik agar boleh terus melangkah dan melaksanakan gerak kerja jemaah dengan lebih efisyen,” ujar Ketua DACS Gombak, Mohd Afif Abd Aziz. – HARAKAHDAILY 2/10/2019 

IMG 20191002 WA0004