Adun Chenor-Agro Bank sedia pelan takaful

MARAN: Sekretariat Adun Chenor telah menjalin kerjasama dengan Agro Bank memperkenalkan Pelan Perlindungan Takaful Khas Adun Chenor yang dilancarkan, semalam.

Advertisement

Ketua Unit Jualan dan Perkhidmatan Agro Bank Wilayah Pahang, Samion Awang memaklumkan, pelan perlindungan takaful khas ini adalah yang pertama dilancarkan di Malaysia.

Beliau ditemui semasa hadir bersama rombongan kakitangan Agro Bank Cawangan Chenor menemui Adun Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak di Pejabat Adun Chenor, di sini.

Sementara itu, Ustaz Mujibur Rahman berharap agar pelan tersebut menjadi salah satu lagi inisiatif untuk menghadirkan manfaat kepada penduduk di mana kini lebih 3,000 peserta mendaftar.

Melalui pelan ini, peserta hanya membayar RM20 setahun, namun ditawarkan manfaat sehingga RM10,000 bagi kematian kemalangan dan kes keilatan kekal, serta RM3,000 kematian biasa.

Juga RM1,000 bagi khairat kematian kemalangan dan RM500 untuk khairat kematian biasa, selain RM600 setahun bagi rawatan perubatan akibat kemalangan dan RM10 sehari maksimum 30 hari setahun sebagai elaun wad akibat kemalangan.

Kedatangan rombongan Agro Bank semalam telah menyerahkan Kad Peserta Takaful kepada Ustaz Mujibur di pejabatnya itu. – HARAKAHDAILY 4/10/2019 

IMG 20191004 WA0003