Mencerap ‘Milky Way’ di Pantai Nenasi Pekan

PEKAN: Milky Way atau dalam Bahasa Melayunya ialah Galaksi Bima Sakti, merupakan terjemahan dari Bahasa Yunani galaxias ky’klos, juga disebut milky circle.

Advertisement

Ia terletak berdekatan dengan buruj Sagittarius A  di mana dari bumi, milky way akan terlihat seperti tompokan seakan-akan gumpulan awan meluas dengan panjang tertentu yang sangat indah.

Keindahan langit ini dirakam oleh seorang fotografi, Muhammad Luqmanulhakim Azmi di antara muara Sungai Bebar dengan Pantai Nenasi, di sini.

Beliau seorang barista yang amat meminati bidang fotografi dan astronomi kerana melaluinya beliau dapat menyaksikan kehebatan dan kebesaran Allah S.W.T.

Menurut beliau, untuk melihat milky way agak rumit kerana beberapa aspek perlu diambil kira, iaitu waktu dan tarikh yang sesuai serta kadar light pollution.

Jadi untuk mendapatkan segala maklumat tersebut, beliau telah mengguna pakai beberapa aplikasi yang tersedia di internet.

Tambah beliau, cabaran utama untuk melihat milky way ini ialah cuaca berawan tebal dan hujan serta mencari tempat terbuka untuk melihatnya dengan lebih mudah.

Di antara tempat yang sesuai ialah Pantai Sepat,Kuantan dan Pantai Nenasi, Pekan, selain terdapat juga tempat yang berpontensi untuk melihat milky way iaitu di Sungai Lembing, Cameron Highland dan Bukit Fraser.

Sementara itu, di Kampung Tanjung Batu yang terletak 8 kilometer ke Nenasi terdapat sebuah bukit kecil di tepi Kuala Sungai Tanjung Batu dan Laut China Selatan.

Bukit ini merupakan salah satu daripada tempat melihat anak bulan Ramadan dan Syawal, selain ia tidak berapa tinggi dengan 175 anak tangga sahaja.

Oleh yang demikian, dalam waktu yang terdekat ini, Pengurus PASTI Insaniah Nenasi, Muhammad Azizur Rahman Ramli bercadang untuk mengadakan program Hilal iaitu pencarian Milky Way  dan Falak Syarie.

Ianya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat berkenaan ilmu falak dan betapa pentingnya menjaga alam sekitar. – HARAKAHDAILY 4/10/2019

IMG 20191004 WA0006  

IMG 20191004 WA0007

IMG 20191004 WA0008