PAS Bukit Gantang lancar ‘Direct Debit’

BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang melangkah setapak lagi dalam memberi kemudahan kepada ahlinya untuk beramal jariah apabila menyediakan khidmat Direct Debit’.

Advertisement

Pelancarannya telah disenpurnakan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad sempena Liqa’ Fikri Bulanan PAS Bukit Gantang di Markas PAS Bukit Chempedak, di sini kelmarin.

Kemudahan dengan kerjasama menerusi bank-bank di negara ini itu telah menjadi satu lagi produk yang membolehkan ahli PAS memberi infak daripada pendapatan mereka kepada parti.

Menerusi tawaran tersebut, sesiapa sahaja dapat memberikan sumbangan seminimumnya secara tetap di mana ianya juga memberi manfaat kepada PAS di semua peringkat secara agihan ditetapkan.

Menurut Ustaz Idris, 40 peratus daripada sumbangan akan diberi kepada PAS Kawasan, 20 peratus masing-masing kepada PAS Pusat, PAS Negeri dan pihak pengurusan.

Beliau juga turut memaklumkan semasa program tersebut bahawa PAS akan hadir ke Kongres Maruah Melayu pada hujung minggu nanti di mana telahpun mengesahkan kepada pihak penganjur.

Pada majlis sama beliau juga menyerahkan sijil keahlian PAS kepada Cawangan Taman Yayasan dan Kampung Pak Darus serta kad keahlian SKIMPAS kepada lapan anggota Jabatan Amal. – HARAKAHDAILY 3/10/2019