Pemuda PAS sudi hadir Kongres Maruah Melayu

khairil

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyatakan kesudian pihaknya untuk turut sama menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan akan berlangsung pada Ahad ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Advertisement

Hal ini disuarakan sendiri oleh Ketua DPPM, Ir Khairil Nizam Khirudin yang mengatakan bahawa beliau dan seluruh kepimpinan DPPM akan bersama dengan Presiden parti itu menghadiri kongres tersebut.

Katanya, yang menyeru untuk sama-sama menjayakan program tersebut, tidak lain demi menyatupadukan rakyat di negara ini dan juga demi Islam memimpin perpaduan.

“Marilah sama-sama kita menjayakannya (Kongres Maruah Melayu) demi Islam, Islam memimpin perpaduan dan Islam menyatukan rakyat,” katanya menerusi video pendek di Facebooknya.

Sebelum ini, Setiusaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan telah memaklumkan bahawa PAS yang diketuai Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan hadir pada kongres tersebut.

Ia menggambarkan bahawa PAS berbesar hati untuk mengukuhkan lagi perpaduan ummah dan nasional dalam negara ini. – HARAKAHDAILY 3/10/2019