PRK P.165 Tanjung Piai

BERIKUTAN pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 1hb Oktober 2019, yang telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor (P.165) pada 16 hb November 2019, serta penamaan calon pada 2 November 2019, PAS Negeri Johor akan berada bersama blok pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil tersebut, selari dengan kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Advertisement

Jentera pilihan raya PAS Negeri Johor akan memulakan persediaan dan akan mengerakkan seluruh tenaga kerja dan menyusun gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil tersebut.

PAS Negeri Johor akan menyokong sepenuhnya dan bekerja keras untuk membantu kemenangan calon daripada blok pembangkang (kerjasama di antara kesemua parti komponen Gagasan Sejahtera dan Barisan Nasional) dengan semangat Muafakat Nasional yang akan menentang calon daripada Pakatan Harapan.

Sekian, terima kasih.

“Islam Memimpin Perpaduan”

USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 3/10/2019