Jalan diselenggara sambil lewa, merbahaya

PUSAT Aduan Rakyat (PAR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sepanggar melahirkan kekesalan atas kaedah penurapan jalan yang sedang dilakukan sekitar kawasan yang berhadapan dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu.

Advertisement

PAR menerima terlalu banyak aduan daripada pengguna jalan raya sekitar kawasan tersebut. Hasil lawatan PAR mendapati kaedah penurapan yang dilakukan adalah sangat tidak praktikal.

Jalan yang dikorek dibiarkan tanpa satu tindakan yang agresif untuk menurap semula. Kenderaan terpaksa bergerak terlalu perlahan kerana keadaan jalan yang tidak rata. Keadaan jalan ini juga sangat merbahaya bagi pengguna motosikal.

Pihak kami merasa hairan kenapa kaedah seumpama ini dilakukan. Sepatutnya kerja seumpama ini dilakukan secara agresif. Kerja-kerja mesti disiapkan segera kerana melibatkan soal keselamatan dan keselesaan pengguna jalan.

Kami berharap pihak yang terbabit khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) mesti mengambil tindakan segera. Kontraktor sepatutnya bekerja siang dan malam termasuklah hujung minggu. Kaedah yang digunakan juga mestilah memudahkan pengguna dan tidak membahayakan.

HASRUDDIN SYAMSUDDIN
Penyelaras
Pusat Aduan Rakyat (PAR), PAS Sepanggar
6 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 6/10/2019  

IMG 20191006 WA0037

IMG 20191006 WA0038

IMG 20191006 WA0039