Muslimat Dun Panching teguhkan tarbiyah anggota

PAYA BESAR: Muslimat PAS Unit Daerah Mengundi (UDM) Pandan Permai telah menganjurkan Solat Sunat Tasbih Perdana melibatkan penyertaan 40 Muslimat Dun Panching di Balai Purnama, Kampung Chendering, di sini semalam.

Advertisement

Program ini diadakan sebagai aktiviti meneguhkan pentarbiyahan diri dan pembinaan ruhiyah diri dengan bersolat dan bertasbih dalam menunjukkan sifat hamba yang tunduk patuh menyerah kepada Allah S.W.T.

Solat sunat tasbih ini telah diimamkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah SRITI Tahfiz Al-Itqan, Ustaz Muhammad Alif Zainuddin yang turut menyampaikan tazkirah kupasan tafsir surah an-Nas serta memimpin zikir munajat.

Menerusi huraian beliau, para peserta diperingatkan mengenai pelindungan daripada sihir, juga membebaskan diri daripada sifat munafik, selain mengenai amalan membaca basmallah  sebagai ukuran ibadah.

Sempena program ini juga, Ketua Jentera Muslimat PAS UDM Pandan Permai, Nora Ahmad telah menyerahkan sumbangan pihak Muslimat PAS untuk SRITI Tahfiz Al-Itqan sebanyak RM3,700 kepada Ustaz Alif.

Orang ramai juga diseru membantu usaha pembangunan sekolah ini yang boleh dibuat menerusi sumbangan ke akaun Bank Muamalat 0601-0004296-71-5  atas nama Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam SRITI Al-Itqan. – HARAKAHDAILY 6/10/2019 

IMG 20191006 WA0015