GST: Rakyat tertipu lagi

KUALA LUMPUR: Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, jika dulu selain 1MDB, GST antara sasaran serangan bertubi-tubi PH bagi menjatuhkan Kerajaan BN.

Advertisement

Beliau menyifatkan bahawa GST merupakan satu perkataan lucah dan jijik ketika itu kerana ia punca kesengsaraan rakyat.

“Demi mahu naik berkuasa, GST yang zalim dan menyiksa itu kata PH perlu dihapuskan.

“PRU14, ternyata mereka menang dan berjaya. Tidak lama selepas itu GST yang kotor dimansuh dan diganti dengan SST,” ujarnya.

Menurut beliau, rakyat terkedu rupanya harga barangan dan perkhidmatan tetap menggelembung naik dan tidak turun-turun juga.

Bagaimanapun, katanya, hari ini MIER mengatakan bahawa GST lebih baik dari SST dan PM berkata kerajaan boleh bersetuju mengembalikan GST jika itu yang rakyat mahu.

Namun, sebelum ini ditipu kerana percaya tol akan dihapus, hutang PTPTN dihapus, gaji minima RM1500, harga minyak RON95 RM1.50 seliter dan banyak lagi.

“Hari ni tertipu lagi rupanya GST yang dimansuh itu baik. Jadi apa yang tidak baik.

“Yang tidak baik adalah yang kuat menipu. Yang penipu besar adalah PH dan DAP,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 8/10/2019