PAS simpati Utusan tutup operasi

KOTA BHARU: PAS melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa kakitangan akhbar Utusan Malaysia yang menutup operasinya hari ini.

Advertisement

amaNaib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya begitu simpati terhadap nasib menimpa kakitangan akhbar tertua di negara ini.

“Ya tidak dinafikan saya simpati di atas apa yang berlaku. Utusan Malaysia mempunyai sejarahnya yang tersendiri, akhbar yang lama serta suara orang Melayu.

“Bagaimanapun ia perkara bisnes saya tidak mampu mengulas panjang berhubung perkara itu,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di Mabna MBI Kota Darulnaim hari ini.

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Abdul Aziz Sheikh Fadzir melalui memo memberitahu syarikat itu tidak lagi mampu membayar hutang untuk meneruskan perniagaan.

Menurutnya masalah kewangan yang dihadapinya, Utusan Malaysia akan menghentikan operasinya bermula hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar dengan nada berseloroh berkata, peminat Utusan Malaysia diharap dapat membaca Harakah selepas ini. – HARAKAHDAILY 9/10/2019