Kerja sukarela Muslimat PAS Bentong di masjid

BENTONG: Muslimat PAS Dun Pelangai telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan dalaman Masjid FELDA Kampung Kemasul, di sini semalam.

Advertisement

Gotong-royong seusai solat Zohor ini telah dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Cawangan Kampung Kemasul, Rosnah Laham bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Muslimat Cawangan ini.

Menurut Rosnah, aktiviti tersebut menjadi sebahagian agenda  Penyatuan Ummah bersama warga penduduk di mana Dun Pelangai telah diwakili Umno iaitu Dato’ Seri Adnan Yaakob.

Katanya juga, aktiviti tersebut menzahirkan PAS sebagai bukan sahaja parti politik, tetapi juga sebagai parti dakwah dan kebajikan yang melaksanakan pelbagai agenda masyarakat.

Rosnah juga telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada Imam Masjid FELDA Kampung Kemasul, Ustaz Abu Bakar Darus bagi tujuan membaiki pintu pagar masjid yang uzur. – HARAKAHDAILY 10/10/2019