Nilai dan kuasa tanah

TANAH adalah nilai kuasa, bukan hanya nilai komersial. Satu ekar tanah sebagai contoh, sama ada harganya RM5,000 atau RM5 bilion ia tetap ada nikai kuasa yang sama, iaitu tiada siapa boleh halau kita dan kuasa kita hatta Yang di-Pertuan Agong sekalipun tak boleh pijak tanah itu tanpa izin kita.

Advertisement

Itu nilai kuasa yang ada pada tanah. Skop nilai kuasa ini termasuk hartanah di bandar-bandar, tanah perladangan dan termasuk lebuh raya dan jalan-jalan raya yang sememangnya dibina di atas tanah.

Kalau kerajaan terus nak jual aset-aset negara, nampaknya rakyat kena buat protes aman dengan projek Occupy Putrajaya. Setakat rakyat bising dalam Facebook dan medsos, mereka apa peduli? Mereka ada sepenggal untuk habiskan asset negara.

Sebelum PRU nanti mereka boleh cari jalan nak haramkan PAS dan Umno dengan pelbagai cara seperti AMLA (baca ISA moden). Kalau rakyat bangkit lawan pun mereka ada polis dan pihak berkuasa. Sepanjang sejarah Malaysia ni, perasan tak PM mana yang paling kuat guna kuasa polis tembak orang, tangkap orang dan sumbat orang dalam penjara?

Kalau saya jadi negara berkuasa yang jahat nak kuasai sesuatu negara lain yang lebih miskin, melalui kuncu-kuncu, saya akan naikkan nilai property negara tersebut  dengan membuat demand yang tinggi sehingga orang tempatan tak boleh beli. Bila sampai tahap itu saya akan beli aset-aset strategik sehingga semua rakyat negara tersebut terpaksa beli dengan saya balik.

Saya akan bela dan belai pemimpin-pemimpin korup dari negara tersebut dan support parti dia supaya menang PRU bagi melestarikan cita-cita saya. Lagi memudahkan rancangan saya bila rakyat bodoh dalam negara tu percaya slogan Rahmatan Lil ‘Aalamin dan leka dengan projek kampung seratus dua ratus ribu dan aset kecil bernilai komersial seperti projek longkang dan lain-lain. Sedangkan saya akan ngappp aset bernilai kuasa termasuk pulau-pulau di Laut China Selatan.

Saya belajar dari sejarah Palestine. Step pertama tekan Sultan Abdul Hamid membenarkan orang asing beli hartanah di Palestin. Polisi tidak membenarkan orang asing memiliki tanah adalah penghalang utama kepada ruang untuk kuasa asing masuk menguasai Palestin. Selepas jatuh Othmaniah, maka tanah Palestine mula dibeli oleh orang asing.

Maka tawaran tinggi Zionis melalui proksi individu-individu Yahudi menjadikan hartanah di Palestin melambung dan akhirnya penjual tanah hanya mampu jual kepada Zionis sahaja apabila orang tempatan mula tak mampu membelinya. Akhirnya orang Palestin dipersoalkan, kenapa kamu tak benarkan pemilik tanah duduk atas tanahnya sendiri yang dibeli secara sah oleh undang-undang?

Itu step pertama kuasa Zionis di Palestin, bukan dengan step kekerasan dan senjata. Itupun nasib baik orang Palestin waktu tu tidak dikempen dengan Islam rahmatan lil ‘alamin sebab Yahudi dan Zionis juga adalah sebahagian daripada A’lamin.

USTAZ ZAHARUDIN MUHAMMAD – HARAKAHDAILY 11/10/2019