Adun Kelantan berpakaian putih

KOTA BHARU: Wakil-wakil rakyat Kelantan mengenakan pakaian baju Melayu dan seluar berwarna putih pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Advertisement

Selain itu mereka juga mengenakan songkok hitam dengan melekat kain putih di bahagian atas.

Begitu juga Adun wanita termasuk Mumtaz Md Nawi (Demit) dan Rohani Ibrahim (Tanjung Mas) mengenakan baju dan tudung putih.

Warna serupa juga dipakai Speaker Dun, Dato’ Abdullah Ya’kub dan timbalannya Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Pakaian sedondong tersebut sebagai menghormati hari berkabung sempena kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Ketika peringkat awal persidangan bermula anggota-anggota Dewan diminta membaca al Fatihah disedekah kepada roh baginda. – HARAKAHDAILY 14/10/2019