Hanya Piagam boleh laksana resolusi kongres

APA jua di belakang tabir penganjuran empat universiti awam tentang Kongres Maruah Melayu tiga minggu selepas Piagam Muafakat Nasional ditandatangani PAS dan Umno usah ditakwil sangat. Kira saja ia suatu yang positif.

Advertisement

Ia berjaya menghadirkan empat pemimpin politik, dua daripadanya komponen kerajaan Pakatan Harapan khususnya Pengerusi/Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Cuma yang tercicir pemimpn PKR yang diuar-uarkan calon Perdana Meneri selepas ini. Bagaimanapun Timbalan Presidennya hadir tetapi tidak dipastikan ditauliahkan oleh parti itu.

Suasana suram maruah Melayu sudah dirasakan lama, bahkan sebelum tumbangnya monopoli politik dan kerajaan BN pimpinan Umno.

Masa itu sudah ada Majlis Profesor Negara, tetapi seorang pun profesor yang menganggotainya dan tidak sebuah pun universiti terfikir untuk mengkongreskannya. Bahkan semasa Umno berkabung serentak maruah Melayu dipersepsikan seperti telur di hujung tanduk pun tidak ada yang hendak kongreskannya.

Perdana Menteri, Tun Mahathir padahal suka hadir pada mana-mana kumpulan massa yang ragu dengan wibawa demokrasi, keadilan, kebebasan yang mengadakan rapat, unjukrasa dan meluahkan sungutan. Kehadirannya pada Kongres Melayu itu mungkin untuk melepaskan gian menyatakan bantahan atas apa jua sungutan.

Selepas saja rasmi kelahiran piagam tiba-tiba meletup wujudnya kongres secara tergempar. Seperti organsasi yang mesyuaratnya lainya teratur, tetapi mengadakan mesyuarat tergempar tanpa mengira masa suntuk dan sebagainya.

Lalu ada persepsi diangap ia reaksi golongan terdesak terhadap pemeterian piagam yang mewawaskan penguasaan Putrajaya dalam PRU15 nanti. Mungkin persepsi itu berasas atau tidak, tetapi tidak dapat dilarang yang termakan kongres itu adalah gara-gara terganggu oleh gegaran Piagam.

Kerabat Piagam – PAS dan Umno – berlapang dada tidak teragak-agak menyambut undangan menyertainya. Ia menyambung kelaziman pemimpinnya terdahulu, Dr. Burhanuddin al-Helmy jarang menghampakan jemputan.

Beliau sudah memimpin partinya, Partai Kebangsaan Melayu Malaya, apabila Za’ba dan Dato’ Onn menjemputnya menyertai pembentukan Umno, beliau menyertai dan menjadi sebahagian dari parti baru itu. Beliau menolak kemerdekaan 31 Ogos, 1957. Apabila panitia sambutan kemerdekaan mengundangnya pada perayaan merdeka itu, beliau hadir.

Bila Dato’ Onn menganjurkan siding meja bulat Nasional Konferens dan Tunku Abdul Rahman Putra menganjurkan meja bulat Nasional Konvensyen, PAS hadir. Dalam semua penyertaannya ia menyatakan tuntutan kemerdekaan penuh.

Patutnya kongres itu menjadi Piagam Muafakat Nasional sebagai satu kertas perbincangan. Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata penjelasan seperti yang diberi kepada Dr. Mahathir. PAS sebagai kerabat Piagam sentiasa bersama dengan mana-mana pihak jua yang membincang perjuangan Melayu/Islam bagi mewujudkan keadilan dan kemerdekaan penuh.

Kongres telah berlangsung sambl mengeluarkan resolusi-resolusi memartabatkan semula Melayu dan Islam seperti Islam mula sampai ke Melaka tahun 1409 dulu.

Jangan ditempelak penganjuran dan semua resolusinya. Tentu semuanya demi membela dan mengembalikan maruah Melayu.

Semua kampus yang menganjur tiada status undang-undang dan kedaulatan melaksanakan resolusi kongres itu. Mereka ada ribuan siswa yang setelah graduan nanti tidak menghuni kampus lagi. Sekaliannya keluar dan mungkin menyertai PAS dan Umno. Di situlah mereka dapat menyuarakan resolusi itu.

Kita tidak nampak kerajaan PH sekalipun ada Mahahir dan di belakangnya Anwar Ibrahim berupaya melaksanakan resolusi itu yang secara konsesesinya memerlukan sokongan DAP.

Yang boleh melaksanakannya dalam waku yang terdekat bila kerabat Piagam mengambil Putrajaya. Piagam Muafakat Nasional boleh berterima kasih kepada kongres dan semua universiti terlibat kerana menyediakan resepi memartabat kembali maruah Melayu. – HARAKAHDAILY 14/10/2019