Projek mega: Kelantan sedia beri kerjasama

KOTA BHARU: Kelantan sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan bagi memberi kelulusan lima projek mega yang diuar-uarkan menteri sebelum ini.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, langkah itu bagi memastikan pembangunan tersebut menjadi realiti sebelum bermula Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada 2021.

“Tahun 2020 merupakan tahun terakhir dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan beberapa projek keutamaan negeri telah disenaraikan dan perlu dilaksanakan segera Kerajaan Persekutuan.

“Oleh itu kita sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan dengan kelulusan segera bagi memastikan semua projek terbabit menjadi realiti,” katanya ketika membentang Belanjawan 2020 pada Persidangan Dun hari ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengumumkan Kelantan menikmati pembangunan lima projek mega.

Projek terbabit iaitu pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, laluan baharu antara Pasir Puteh-Machang-Jeli, Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan Jambatan Palekbang-Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 14/10/2019