‘Road Tour’ Ameerah Johor perkasa akar umbi

ISKANDAR PUTERI: Ameerah Negeri Johor mengemaskini keampuhan organisasi Muslimat Muda PAS ini dengan mengadakan siri jelajah ‘Road Tour’ yang menghimpunkan semua pimpinan Ameerah Kawasan.

Advertisement

Perjumpaan mengikut zon negeri ini telah diadakan buat pertama kali melibatkan Ameerah Tanjung Piai, Iskandar Puteri, Pontian dan Kulai dalam pertemuan dilangsungkan di sini, kelmarin.

Menurut Pengarah Ameerah Johor, Nik Nor Nadhirah Nik Ismail, ‘Road Tour’ ini merupakan mekanisme mendekati Ameerah Kawasan menerusi pendekatan tarbiyah ruhiyah dan perancangan gerak kerja.

Terang beliau, kesepaduan gerak kerja disusun bersama dengan menyelaraskan fokus kepada usaha meluaskan pendekatan kepada golongan wanita muda antaranya di bawah program berkala Ameerah Care.

Bahkan serunya, PRK P.165 Tanjung Piai yang bakal berlangsung perlu dimanfaatkan anggota Ameerah untuk memposisi peranan menjadi sebahagian merealisasikan agenda Muafakat Nasional bersama rakan ta’awun.

Membangunkan kesejahteraan fikrah perjuangan, halaqah ini disuntik pengisian oleh wakil ‘Alimat Johor, Ustazah Siti Sarah Bushari yang menyentuh mengenai Ameerah selaku duta Islam. – HARAKAHDAILY 14/10/2019