Bengkel Pengucapan Awam lahir agen penerangan

BUKIT GANTANG: Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kawasan Bukit Gantang telah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam bertempat di Markas Tarbiyah PAS Bukit Gantang, Bukit Chempedak, di sini kelmarin.

Advertisement

Program menerusi kerjasama Lajnah Teknologi Maklumat dan Data Raya dengan menghimpunkan Pemuda, Muslimat dan pimpinan PAS Cawangan-cawangan ini bertujuan melahirkan amilin yang berkeyakinan berucap.

Menurut Ketua Penerangan PAS Bukit Gantang, Hassan Halim, menerusi program ini para peserta didedahkan kemahiran berucap di khalayak dengan teknik yang berkesan serta berkeyakinan, selain meningkatkan potensi diri.

Katanya, kesediaan setiap ahli PAS tampil sebagai agen penerangan amat penting khususnya di peringkat Cawangan, selain juga sebagai persiapan untuk menghadapi PRU15 akan datang.

Latihan dan bimbingan teknik termasuk praktikal pengucapan awam berstrategi serta spontan kepada para peserta telah diberikan oleh Ketua Unit Latihan Lajnah Penerangan PAS Negeri Perak, Nik Nor Azman Ghazali.

Hadir sama adalah Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Rahim Ismail. – HARAKAHDAILY 15/10/2019