Murid PASTI maut, keluarga cedera kemalangan

KAMPAR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga adik Nur Fathiah Muhd Fariz Azlan, 4 tahun yang meninggal dunia akibat kemalangan di Langkap, petang semalam.

Advertisement

Rakaman takziah itu disampaikan Ketua Pemuda PAS Kampar, Muhammad Shahrizan Ahmad Fuat yang menyatakan bahawa pemergian arwah turut dirasai oleh keluarga besar PASTI Kampar.

“Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Pengakhiran hidupnya yang baik didoakan diterima Allah,” ujarnya.

Dalam kejadian sekitar jam 4.40 petang, Fathiah yang duduk di bahagian penumpang belakang dilaporkan cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kampar .

Turut terlibat dalam kemalangan tersebut ialah ibu, bapa, kakak dan adik Allahyarhamah di mana mereka masing-masing dimasukkan ke Hospital Kampar dan Hospital Teluk Intan.

Dewan Pemuda PAS mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada keluarga mangsa dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 558042604403 PASTI Kawasan Kampar. – HARAKAHDAILY 15/10/2019