Sekretariat Setiausaha mantapkan pengurusan

    KUALA KANGSAR: Sekrerariat Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh Negeri Perak telah berkampung selama dua hari di Markas PAS Kawasan Kuala Kangsar, di sini kelmarin.

    Advertisement

    Program dianjurkan oleh Sektor Pengurusan, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ini diadakan bertujuan untuk memantapkan pengurusan organisasi peringkat Kawasan dan Cawangan.

    Antara usaha yang dilaksanakan adalah melalui penyelarasan penyediaan laporan Pendaftar Pertubuhan (ROS), format surat menyurat dan minit mesyuarat yang diseragamkan.

    Para peserta turut diberikan taklimat Perlembagaan PAS dan Tatacara Pengurusan Aset oleh Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Muhd Hamidi Hamizi.

    Setiausaha Pemuda PAS Perak, Mohd Helmi Affindi Ali menaruh harapan tinggi kepada semua sekrerariat di peringkat Kawasan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam mematuhi ketetapan dibuat.

    Disamping itu, turut diselaraskan adalah takwim pelaksanaan program Pemuda PAS Perak dengan Indikator Petunjuk Pelaksanaan (KPI) turut diperincikan dalam bengkel ini.

    Sementara itu, para peserta turut merakamkan seruan dan mempromosikan program Ijtimak Tarbawi 7.0 yang akan berlangsung pada 15-16 November nanti di Kuala Kangsar. – HARAKAHDAILY 15/10/2019