PAS Tapah temui peniaga, giatkan Kempen BMF

TAPAH: PAS Kawasan Tapah terus menggiatkan kempen utamakan beli barangan Muslim (BMF) di seluruh kawasan ini melalui aktiviti ziarah bertemu para peruncit Muslim.

Advertisement

Bendahari PAS Tapah, Bajeri Ismail mengetuai Ahli Jawatankuasa PAS Tapah telah ke beberapa premis bertemu peniaga antaranya Perniagaan Runcit Syarikat Seri Gading di Pekan Bidor, di sini semalam.

Beliau mewakili pimpinan PAS Tapah menegaskan, sokongan dan dukungan berterusan kepada usaha ini diharap dapat meningkatkan ekonomi Muslim serta merapatkan jurang pendapatan kalangan ahli perniagaan.

Menurutnya, dengan banyak tawaran, pengguna mempunyai pilihan dalam membeli dan sebagai Muslim mestilah mengutamakan barangan Muslim kerana sudah tentu ianya suci, bersih serta halalan toyyiban.

Sementara itu, pemilik kedai, Azman Salleh berbesar hati di atas kehadiran pimpinan PAS Kawasan Tapah sebagai sokongan berterusan kepada kempen BMF yang mendatangkan impak positif.

“Kami mendapati pihak pembekal terpaksa menambah pengeluaran dua kali ganda, malah peruncit terpaksa menunggu lebih sedikit masa penghantaran,” perakui beliau terhadap perkembangan kempen BMF.

Perniagaan Runcit Syarikat Seri Gading terletak bersebelahan bilik pameran PERODUA Bidor dan beroperasi dari jam 9:30 pagi hingga 6:30 petang.

Kempen yang bergerak seluruh negara telah memberi kesedaran kepada usahawan, peruncit dan pengguna Muslim hingga berlaku permintaan sangat tinggi terhadap produk dari hari ke hari. – HARAKAHDAILY 18/10/2019