Kayuhan Santai jelajah tiga kawasan

KANGAR: Alternative Cycling Club (ACC) di bawah Department of Arts, Culture and Sport (DACS) Dewan Pemuda PAS Perlis telah berjaya menganjurkan program Kayuhan Santai, pagi tadi.

Advertisement

Program kayuhan yang diadakan sempena Bulan Sukan Negara 2019 itu telah berjaya menarik 60 orang peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kawasan.

Acara tersebut telah dilepaskan oleh Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat DPPNPs, Dr Saifizi Saidon pada jam 8.15 pagi dan tamat pada 9.45 pagi tadi di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), Jejawi Dalam, Arau. Turut hadir Timbalan Ketua DPPNPs, Ustaz Mohf Ridzuan Hashim yang juga Adun Guar Sanji.

Menurut Pengarah DACS Perlis, Muhammad Nazuande Nazhime, jarak kayuhan peserta adalah sejauh 31 kilometer merentasi tiga kawasan iaitu Arau, Padang Besar dan Kangar.

“Mereka akan berkayuh merentasi tiga kawasan parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau melalui Santan, Kangar dan Jejawi.

“Peserta akan melalui dua perhentian iaitu, Masjid Ngulang dan Masjid Putra untuk diberikan sedikit belakan makanan dan minuman,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/10/2019