Mengapa komik DAP sebut pemuda Melayu radikal?

BAGI menguatkan desakan mereka supaya Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menarik balik arahan tidak munasabah supaya komik ‘Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)’ tidak dibenarkan dari memasuki perpustakaan sekolah dan supaya pihak polis tidak meneruskan siasatan ke atas Dr Hew Kuan Yau selaku penulisnya, 43 pemimpin DAP menegaskan bahawa komik ini berkisah secara fakta, tiada pemalsuan dan tiada propaganda.

Advertisement

Soalnya ialah, jika benar komik ini tiada pemalsuan dan tiada propaganda, mengapa terdapat di dalamnya kenyataan berbunyi “Pemuda Melayu radikal yang prihatin mengenai pelaksanaan dasar etnik di Xinjiang menyebabkan mereka mempunyai tanggapan yang negatif terhadap China”?

Soalnya ialah, jika benar komik ini tiada pemalsuan dan tiada propaganda, mengapa ia hanya menyebut mengenai Pemuda Melayu radikal tetapi tidak menyebut mengenai Pemuda-pemuda dan Pemudi Cina radikal ini:

1.     Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang menyebut: “DAP terkejut dengan keputusan Kerajaan Pusat China untuk melarang pelajar dan penjawat awam di daerah Muslim Xinjiang daripada melaksanakan ibadah puasa di bulan mulia Ramadan ini… DAP amat kesal dengan keputusan yang begitu lapuk dan bertentangan dengan intipati hak asasi manusia dan kebebasan beragama”. Boleh rujuk di sini: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2014/07/04/18845/ dan di sini: https://www.roketkini.com/2014/07/04/putrajaya-digesa-campur-tangan-larangan-puasa-di-xinjiang/

2.     Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, yang menyebut: “Kerajaan tidak harus membisu, sebaliknya perlu mengingatkan Kerajaan China untuk menghormati hak minoriti Muslim… Putrajaya sepatutnya mengalihkan perhatiannya daripada panda Xing Xing dan Liang Liang di Zoo Negara ke arah hak 10 juta umat Islam di Xinjiang.” https://www.roketkini.com/2014/07/04/putrajaya-digesa-campur-tangan-larangan-puasa-di-xinjiang/

3.     Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong, yang menyebut: “I join my countrymen, saddened by these extremism, to condemn such criminal acts against humanity… The denying of Muslims in China from practicing one of the basic tenets of their faith is against the universal principle of human rights”. Boleh rujuk di sini: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2014/07/03/18839/ dan di sini: https://www.roketkini.com/2014/07/03/dap-kecam-larangan-puasa-terhadap-umat-islam-xinjiang/

4.     Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, yang menyebut: “I strongly condemn the persecution of the Muslim minority in China through the directive forcing civil servants, students and teachers, including Muslims, not to fast during the holy month of Malaysia.”Boleh rujuk di sini: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2014/07/03/18838/ dan di sini: https://www.roketkini.com/2014/07/03/mp-serdang-ajak-puasa-sehari-solidariti-bersama-umat-islam-xinjiang/

Soalnya juga ialah, jika benar komik ini tiada pemalsuan dan tiada propaganda, mengapa ia hanya menyebut mengenai Pemuda Melayu radikal tetapi tidak menyebut mengenai Pemuda-pemuda India radikal ini:

ML(1)     Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang menyebut: “The treatment of the Uighurs in the restive autonomous province of Xinjiang leaves much to be desired… One wonders whether these (Uighurs ) refugees are still alive or interned in the concentration camps or “training centres”, according to our good minister (Mujahid)… Yes, there is nothing wrong in seeking investments from China or any other countries. But then there is a line to be drawn when it comes to human rights.” Boleh rujuk di sini: https://www.malaysiakini.com/news/481530

(2)     Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang menyebut: “Kita tidak harus menghantar 11 etnik Uighur beragama Islam pulang ke China. Ia bersamaan menghantar mereka ke tali gantung… 11 warga China itu berhadapan risiko penganiayaan, penjara seumur hidup dan penyeksaan.” Boleh rujuk di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/05/jangan-hantar-pulang-11-etnik-uighur-rayu-santiago/ dan di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/07/05/dont-deport-11-uighurs-pleads-santiago/   

Sebab itulah saya setuju sepenuhnya dengan Ketua Armada Bersatu merangkap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menyebut bahawa tindakan Dr Hew Kuan Yau melabel penyokong Melayu yang menyokong Komuniti Uighurs sebagai ‘Radikal’ adalah ‘racism’ dan melayakkan Dr Hew Kuan Yau digelar sebagai ‘Super Stupid Superman’.

Begitu juga dengan kenyataan Ketua Penerangan Armada Bersatu, Ulya Aqamah Husamudin, yang menyebut bahawa tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menahan penyebaran komik ini adalah tindakan yang tepat kerana isi kandungannya bermasalah, berbaur propaganda China yang mengagungkan negara tersebut dan melakar persepsi yang tidak tepat mengenai masyarakat Melayu Islam.

Tahniah diucapkan kepada Syed Saddiq dan Ulya Aqamah atas keberanian anda bersuara dalam isu ini.

Dan terbukti bahawa luahan simpati DAP kepada umat Islam Uighurs hanyalah silap mata semata-mata. – HARAKAHDAILY 20/10/2019