Muslimat Tasek Gelugor praktik komunikasi berkesan

KEPALA BATAS: Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor telah menganjurkan Bengkel Komunikasi Berkesan di Markas Tarbiyah PAS, Pongsu Seribu, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Bengkel ini bertujuan mempersiapkan anggota Muslimat mengenai pendekatan dalam menyantuni masyarakat dengan cara yang betul dan praktikal mengikut situasi sama ada ditimpa bencana, sakit atau kematian.

Program julung kali ini telah dihadiri 26 peserta berdaftar melibatkan ahli-ahli Muslimat PAS yang mewakili PAS Cawangan-cawangan dalam Kawasan Tasek Gelugor.

Pembentangan modul berkaitan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Ustazah Maziah Khamis yang memegang portfolio pemerkasaan parti ini.

Antara didedahkan kepada peserta adalah teori mengenai Praktis Komunikasi Berkesan, diikuti slot bengkel di mana peserta diberi tugasan berkumpulan melakonkan beberapa simulasi. – HARAKAHDAILY 22/10/2019