Nasharudin sudah lama tidak aktif PAS

KOTA BHARU: PAS melahirkan rasa syukur kerana daripada 33 pertuduhan yang dikemukakan terhadap bekas ahli parlimen Bachok, Dato’ Dr Nasharudin Mat Isa, tidak kaitan dengan PAS.

Advertisement

nik amarNaib Presiden, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur kerana PAS tidak menerima wang daripada pemimpin terbabit.

Katanya biarpun Nasharudin masih sebagai ahli PAS namun pemimpin itu sudah lama tidak aktif selepas tewas pada pemilihan Timbalan Presiden PAS sebelum ini.

“Kes itu tidak memberi kesan kepada imej PAS kerana beliau sudah lama tidak aktif dan keduanya dia baru sahaja dituduh di mahkamah,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di Mabna MBI Kota Darulnaim hari ini.

Baru-baru ini, bekas Timbalan Presiden PAS berhadapan sebanyak 33 pertuduhan menerima rasuah dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM4 juta. – HARAKAHDAILY 23/10/2019