Politikus bergaduh: Sensitiviti umat jangan mati

NAMPAK sangat semakin agak kegilaan kuasa menjadi-menjadi dalam PH. Suara Presiden dan Timbalan Presiden PKR sudah lain macam sekarang. Tetapi saya kurang berminat dengan pergaduhan di antara mereka.

Advertisement

Namun, inilah dia kesan sekiranya kita sebagai rakyat yang diberikan ruang dan tanggungjawab untuk menentukan tampuk kepimpinan negara tetapi, kita mengambil sikap acuh tak acuh dalam perkara ini dan melihat ia sebagai satu perkara yang bukan menjadi keutamaan dalam hidup kita.

Hilang rasa sensitiviti terhadap politik dan juga kebertanggungjawaban terhadap politik tanah air ummat Islam adalah punca kenapa tragedi ini terjadi.

Antara agenda musuh Islam terhadap Islam dan negara serta rakyatnya adalah mematikan rasa sensitiviti dan kebertanggungjawaban dalam jiwa-jiwa ummat Islam.

Mereka merencanakan melalui strategi membentuk naratif buruk terhadap perjalanan politik yang akhirnya ia membawa kepada matinya ketidakpedulian ummat Islam terhadap politik negara yang mereka duduki.

Perkara ini boleh dilihat melalui PRU14 apabila lebih 4 juta rakyat khususnya anak muda yang layak mengundi, namun tidak berdaftar sebagai pengundi pada PRU14.

Kebobrokan ahli politik yang seolah-olah membawa politic animal dalam perjalanan politik tanah air kita, ideologi politik matlamat menghalalkan cara, kini memenuhi setiap penjuru dasar dan sistem negara kita.

Apa yang perlu rakyat dan anak muda lakukan ialah kembalikan politik Islam dalam negara kita. Kerana kita yakin hanya dengan membawa dasar dan sistem Islam dalam negara kita, ini sahaja yang mampu menyelamatkan negara kita. Dengan mengembalikan Politik Islam, rasa bosan terhadap politik kita akan berjaya kikis.

Ahli-ahli politik yang mendasari perjuangan mereka dengan Islam pasti akan membawa naratif politik yang baik buat negara kita.

Saya juga menyeru semua warganegara Malaysia yang layak untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi. Selain itu, banyakkan membaca dan mengikuti wacana politik Islam sama ada bersifat intelektual atau santai jiwa anak muda. Serta saya menyeru bersatulah anak-anak muda dan seluruh ummat Islam.

USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 24/10/2019

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-pintu-belakang-itu-pendirian-peribadi-azmin-anwar-220807