Rakyat diheret polemik PM kelapan

sanusi1

KOTA BHARU: Krisis dalaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperlihat ia tidak mampu diselesaikan lagi biarpun seribu harapan diberi kepada rakyat sebelum 9 Mei 2018.

Advertisement

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Mohd Hushaimi Hussian berkata, krisis yang berlaku turut terheret kepada rakyat.

Sedangkan katanya apa yang berlaku sekarang muncul lagi pertembungan pusingan kedua tokoh sama bagi menduduki kerusi Perdana Menteri.

“Malangnya rakyat juga diseret sama dalam pertelingkahan itu. Hampir setiap hari ada kenyataan peralihan kuasa kepada Perdana Menteri kelapan.

“Manakala di pihak lain mahu Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan tugas sehingga akhir penggal ke-14,” katanya di sini.

Oleh itu kata beliau bagi membolehkan rakyat keluar dari kemelut tersebut sudah sampai masanya idea Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung penubuhan kerajaan teknokrat dilaksanakan.

“Idea penubuhan Kerajaan Teknokrat antara alternatif yang boleh dipertimbang dalam keadaan tertentu bagi merungkai kegusaran rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/10/2019