DAP pembawa malapetaka negara

nasrudin

PARTI spoiler tanah air yang sering mengganggu ketenteraman politik.

Advertisement

“DAP selamanya adalah pembawa malapetaka kepada negara.”

Sebuah parti yang aktif memecahbelahkan kesatuan khasnya yang melibatkan parti orang Melayu.

Parti yang tidak boleh duduk diam untuk menghormati pihak lain. Suka cabul perjanjian dan khianati kepercayaan.

PAS pernah mengalaminya dan faham serta tahu benar sikap DAP. Pengalaman semasa bersama Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat sudah jelas dan cukup untuk memahami siapa DAP.

Kini DAP buat perangai dalam Pakatan Harapan. Memang DAP parti spoiler. Mana-mana parti yang bersama dengan DAP tidak akan boleh duduk aman dan tenteram. Satu ketika, mereka akan jadi mangsa kerakusan DAP.

DAP semakin angkuh dengan kuasa yang mereka nikmati sekarang. Mereka mula tunjuk besar kepala dan dominasi mereka dalam Pakatan Harapan.

Saya nasihatkan supaya BERSATU dan mana-mana pemimpin Islam dalam PH segera insaf dan sedar tentang sikap DAP.

Tidak ‘balik modal’ untuk terus mempertahankan DAP. Sedang DAP tidak pernah mempedulikan parti-parti kecil dalam PH meskipun parti itu berhempas pulas mahu membuktikan bahawa mereka setia dan sedia berkhidmat serta sanggup menjadi galang mempertahankan DAP.

Percayalah, DAP tidak akan pernah berterima kasih jauh sekali mengenang budi. Justeru, ia adalah sebuah parti ‘serigala’ yang hanya menunggu peluang untuk menyergap mangsa.

Saya yakin dan mengajak semua umat Islam khasnya untuk turut sama meyakini bahawa kita mampu dan boleh berjaya dalam membangun dan membina negara ini tanpa DAP.

Katakan tidak pada DAP.

NASRUDIN HASSAN
25 Safar 1441 | 25 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 25/10/2019