Kesalahan berlagak lain jantina didenda

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan terus istiqamah ke arah mendokong pelaksanaan hukum syariah sepenuhnya dengan memperkasa undang-undang syariah di negeri ini.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini sebulat suara meluluskan pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah (1) 2019.

Katanya, pindaan itu dilulus bagi menzahirkan kepada umum enakmen tersebut bersifat mendidik dan bukan menghukum.

“Sebagai contoh penambahbaikan dalam enakmen yang lama bagi kesalahan orang lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya.

“Hakim terikat untuk menjatuhkan hukuman terhadap pesalah tersebut yang hanya terhad kepada hukuman denda atau penjara sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Hududullah di Medan Ilmu, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan. – HARAKAHDAILY 25/10/2019