Jangan salah guna perkataan ‘rasis’

PAS Sarawak menyokong kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berkata, seolah-olah hanya Melayu sahaja dilebel rasis apabila menyentuh mengenai nasib hak mereka yang dilihat telah dipinggirkan di atas buminya sendiri oleh pihak lain. Keadaan yang tertekan semakin nyata menjadikan bangsa Melayu bersuara, kerana keadaannya tercabar.

Allah menciptakan seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.

Di Sarawak, kita saling menghormati antara satu sama lain selaras dengan budaya yang berkongsi kemakmuran bersama yang telah utuh sejak rakyat Sarawak sendiri memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Sarawak.

Dasar PAS ialah Islam. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Maka menghormati prinsip perjuangan PAS juga adalah sebahagian daripada komitmen dari salah satu rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Prinsip ini terpakai kepada semua entiti, organisasi dan parti politik. Mengapa kerana orang Melayu beragama Islam, kita dilabel sebagai rasis kerana orang Melayu melahirkan rasa tidak puas hati dengan kekurangan nasib orang Melayu sendiri.

Sifat Islam yang masih wujud dalam umat Islam Melayu, sehingga memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam tanpa paksaan. Malangnya, konsep dakwah yang memperkenalkan Islam tanpa paksaan juga mencabarnya.

Kalau Melayu rasis, maka sejak awal lagi bangsa pendatang tidak mendapat kerakyatan, hak berpolitik untuk menjadi Ahli Parlimen, Menteri Besar atau Ketua Menteri, menguasai ekonomi, mengamalkan agama dengan bebas, menggunakan bahasa ibunda dalam pendidikan sehingga mencapai kedudukan sebagaimana yang ada ini.

Apa yang perlu ditentang adalah pelampau agama, politik, organisasi yang beridealogi seperti agenda komunis yang telah mula bertapak dan pergerakan agresif, LTTE, dan beberapa pelampau yang diketuai oleh warga asing yang mahu menggulingkan kepimpinan negara.

Rasisme adalah suatu sistem kepercayaan atau doktrin yang menyatakan bahwa perbedaan biologis yang melekat pada ras manusia menentukan pencapaian budaya atau individu – bahawa suatu ras tertentu lebih superior dan memiliki hak untuk mengatur ras yang lainnya.

Pendatang yang tinggal di Malaysia sangat bernasib baik kerana mereka bebas mengamalkan aktiviti keagamaan mereka dan budaya mereka tanpa halangan. Jika di negara lain mereka tidak diperlakukan seperti di Malaysia. Orang asal di Sarawak bersifat peramah dan menerima siapa saja yang datang ke Sarawak dan isu rasis ini kurang diperkatakan kerana mereka faham adat budaya dan agama masing-masing. Perkara ini timbul apabila ada puak pelampau yang suka mencetuskan masalah ini.

“Jadi ingat! Islam mengajar orang Melayu bahawa kesabaran itu ada batas sempadannya. Hanya Melayu yang terlalu bodoh dan lemah roh Islam serta hilang jiwa bangsanya sahaja tidak peka, sehingga hilang jati diri di atas tanah airnya sendiri,” seperti kata Tuan Guru Presiden PAS.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Do not misuse the word racist

Sarawak PAS supports the statement of PAS President Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang said as if only the Malays only labeled a racist when it comes to the fate of their rights which was seen to be marginalized on its own land by the other party. The more real stressful situations make Malays speak out, as the case may be challenged.

God created a man and a female and made you into nations and tribes that ye may know one another.

In Sarawak, we respect one another in accordance with a culture of shared prosperity that has been intact since the people of Sarawak own the government of Sarawak.

PAS policy is Islam. Fighting for its existence in this country is a society and a government that embodies the values of Islamic life and its laws towards the will of God. Maintaining the purity of Islam and the independence and sovereignty of the nation.

Respecting the principles of the PAS struggle is also part of the commitment of one of the nation’s pillars of civility and morality.

This principle applies to all political entities, organizations, and parties. Why because Malays are Muslims, we are labeled as racist because the Malays expressed dissatisfaction with the lack of fate of the Malays themselves.

The nature of Islam that still exist in the Muslim Malays, thus introducing Islam to non-Muslims without coercion. Unfortunately, the concept of da’wah introducing Islam without coercion also challenges it.

If the Malay is racist, since the beginning, the immigrants do not get citizenship, political rights for a Member of Parliament, the Menteri Besar or Chief Minister, in charge of economic, practice their religion freely, using the mother tongue in education so as to achieve the position as it existed.

What should be opposed are extremists of religion, politics, ideological organizations such as communist agendas and aggressive movements, the LTTE, and some extremists led by foreigners who want to overthrow the country’s leadership.

Racism is a belief system or doctrine that states that biological differences attached to the human race determine cultural achievement or individuals – that one race is superior and has the right to govern another race.

Immigrants living in Malaysia are fortunate because they are free to practice their religious activities and their culture without hindrance. If in other countries they are not treated like in Malaysia. Indigenous peoples in Sarawak are friendly and accept anyone who comes to the state and the less talked about racial issues because they understand the culture and customs of their respective religions. This problem arises when there are extremists who like to trigger this problem.

So remember! Islam teaches that the patience of the Malays has a limit boundaries. Only the Malays are a too stupid and weak spirit of Islam and the lost souls of his people only insensitive, so lost identity on their own land. “As said PAS President Tuan Guru.

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 26/10/2019

Advertisement