Khalid Samad pun sudah mula sanggah Tun M

SEPERTI dijangka, tulisan Tun Dr Mahathir bertajuk “Kongres Maruah Melayu” yang menyatakan kesedihan bila orang-orang Melayu tidak boleh adakan himpunan mereka sendiri tanpa dituduh bersifat rasis telah dikritik keras oleh ramai orang-orang bukan Melayu.

Antara yang terkedepan adalah pemimpin DAP, Ronnie Liu, yang meminta Tun Dr Mahathir tidak mengalih isu kerana kehadiran semata-mata tidak menjadi isu tetapi ucapan-ucapan dan resolusi-resolusi “Kongres Maruah Melayu” yang bersifat rasis yang menjadi isu.

Termasuk di dalamnya adalah aktivis PKR, Kim Quek, yang menyebut melalui tulisan ini Tun Dr Mahathir terbukti rasis yang tidak layak untuk mengetuai negara berbilang kaum seperti Malaysia dan yang mendesak PH supaya menyingkir beliau sebagai Perdana Menteri.

Lebih mengejutkan bila pagi ini Khalid Samad, yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan, kelihatan turut sama menyanggah Tun Dr Mahathir dengan menyebut isi “Kongres Maruah Melayu” yang mewujudkan kebencian dan perbalahan ras menjadikan ia rasis.

Disebabkan Khalid Samad adalah Pengarah Komunikasi PAN maka mungkin ramai yang mahu tahu apakah kenyataan beliau ini adalah pendirian rasmi PAN. – HARAKAHDAILY 26/10/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Advertisement