PAS Hulu Kelang ziarah mangsa kebakaran di AU3

GOMBAK: PAS Dun Hulu Kelang telah menziarahi mangsa kebakaran yang juga pemilik serta pengurus Bengkel Moto Bai, Razman Abdul Rahim di premis tersebut di AU3 Keramat, di sini kelmarin.

Advertisement

Kunjungan tersebut diketuai Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Kamalhysam Mohd Suhut yang hadir sebagai menzahirkan takziah dan simpati atas nasib menimpa Razman dan keluarga.

Menurut Razman, beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa pada kejadian yang berpunca dari masalah litar pintas ketika ahli keluarganya sedang sibuk menutup bengkel sekitar jam 6 petang, 14 Oktober lalu itu.

Dari inisiatif kutipan derma yang dilancarkan PAS Dun Hulu Kelang, telah dapat mengumpulkan kutipan lebih RM1,000 daripada para dermawan termasuk NGO Geng Ustaz, Higom dan UKJ Hulu Kelang.

Sementara itu, Ketua UKJ Hulu Kelang, Abdul Basith Abdul Halim berkata, Pemuda PAS Hulu Kelang akan mengembleng tenaga untuk turun membantu bergotong-royong mengemas bengkel tersebut.

Mereka yang prihatin dan dermawan boleh membantu meringankan beban Razman dan keluarganya menerusi sumbangan ke akaun Maybank 5622 0962 8154 Parti Islam Semalaysia Dana Bangunan (MTDHK).

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan juga boleh diajukan dengan menghubungi talian nombor 018-381 2723. – HARAKAHDAILY 27/10/2019 

IMG 20191027 WA0000