UMMAH bina kesepakatan NGO sempena Maulid Nabi

    RAUB: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Parlimen Raub yang merupakan gabungan 30 badan bukan kerajaan bakal dari daerah ini akan menganjurkan Karnival Ummah Cinta Rasul pada awal bulan hadapan.

    Advertisement

    Penganjuran bersama itu sekali gus menguji keupayaan koalisi besar tersebut ke arah mengembleng kesatuan dan dukungan ummah dalam membawa pelbagai agenda khususnya untuk agama, bangsa dan negara.

    Pengerusi UMMAH Raub, Ustaz Shahrizan Md Esa berkata, gabungan tersebut mengambil sempena peristiwa besar umat Islam yakni hari kelahiran Rasulullah S.A.W untuk menjadi titik permulaan aktiviti sulung terbesar mereka.

    Menurutnya, beberapa aturcara yang menjadi mengisian utama bakal dilangsungkan selama 3 hari 2 malam pada majlis di Dataran Majlis Daerah Raub, di sini pada 8 hingga 10 November nanti itu.

    Antaranya maklum beliau, perarakan maulid besar-besaran melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, pusat pengajian, sekolah, maahad tahfiz di mana majlis seumpama telah lama tidak diadakan di Raub.

    “Tujuan utama UMMAH adalah menyatupadukam seluruh Muslim di dalam Parlimen ini sebagai solidariti menyatu seluruh umat Islam dalam pelbagai kempen yang dilaksanakan,” ujarnya.

    Turut memberi sokongan padu kepada usaha sedang digerakkan UMMAH adalah para pegawai kerajaan, Jabatan Agama Islam Daerah, Pejabat Kadi Daerah serta Majlis Daerah Raub. – HARAKAHDAILY 26/10/2019