Guru PASTI tarbiyah diri, dakwah masyarakat

TANJONG MALIM: Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Perak telah mengadakan Tamrin MGP Perak selama tiga hari bertempat di Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, di sini bermula kelmarin dan berakhir hari ini.

Advertisement

Dengan tema “Guru PASTI Di Mata Masyarakat”, tamrin kali ini turut membawa Guru PASTI mendekati penduduk setempat di sekitar Sungkai dengan melibatkan seramai 83 peserta daripada 24 kawasan seluruh Perak.

Antara objektif utama program ini adalah menanamkan rasa tanggungjawab sebagai ahli PAS di samping mengeratkan ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan guru-guru PASTI, selain mendampingi masyarakat.

Disamping pengisian kuliah rohani dan haraki, para peserta turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong di beberapa rumah penduduk serta kawasan umum dalam usaha membina hubungan antara guru PASTI dan masyarakat setempat.

Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Mohd Syarhan Humaizi Abdul Halim dan turut dihadiri oleh Pengarah PASTI Perak, Ustaz Mohd Azahari Yahya serta Pengerusi MGP Perak, Ustazah Faridah Dawam.

Turut memeriahkan majlis serta menzahirkan kebersamaan dengan para peserta adalah para pimpinan PAS Kawasan Tanjong Malim. – HARAKAHDAILY 27/10/2019