PAS sokong calon BN PRK P.165 Tanjung Piai

SAYA dengan ini mengesahkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bersetuju dengan calon yang dikemukakan sebagai Calon mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai
pada 16 November 2019 nanti, iaitu Dato’ Sri Wee Jeck Seng dari MCA.

PAS yakin pemilihan calon tersebut dibuat berdasarkan kepentingan setempat di Parlimen Tanjung Piai sendiri yang diharap menjadi formula terbaik untuk meraih undi bagi menguatkan suara Pembangkang di peringkat nasional, seterusnya membawa pendekatan politik matang yang tidak melampau.

Sokongan ini juga adalah selaras dengan persefahaman yang dipersetujui dalam Muafakat Nasional antara Umno dan PAS yang ditandatangani pada 14 September 2019 yang lalu.

PAS juga akan menghantar wakil-wakilnya dari kalangan pimpinan kanan Parti untuk menghadiri Hari Penamaan Calon pada 02 November 2019 sebagai sokongan kepada Calon Pembangkang.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 31 Oktober 2019. – HARAKAHDAILY 31/10/2019

Advertisement