Ijtimak Mualimin himpun penggerak pendidikan

    PERMATANG PAUH: Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ijtimak Mualimin di Dewan An-Nahdhoh, Kubang Semang, di sini baru-baru ini.

    Advertisement

    Majlis menghimpunkan tenaga pengajar dari seluruh sekolah di bawah naungan Pemuda PAS Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof.

    Beliau dalam ucapannya yang mengharapkan guru-guru dapat membantu jamaah dan memperkenalkan PAS melalui wadah pendidikan.

    Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim berkata, program julung kalinya diadakan ini bertujuan membuang perasaan ‘annaniah’ dalam diri para muallimin.

    Selain merapatkan jurang dan menyatukan semua guru-guru PASTI, SRITI dan SRIBU, program ini turut memperkenalkan sistem pendidikan di bawah Sektor Pendidikan Pemuda PAS Pulau Pinang.

    Beliau juga mengharapkan semua guru berswadaya bagi meningkatkan mutu pendidikan serta memantapkan ilmu keguruan agar mampu bersaing dengan arus perdana sejajar PdPc Alaf Ke-21

    Hal tersebut antara jelasnya, melibatkan pengunaan teknologi komunikasi dalam pendidikan di mana para peserta juga telah didedahkan dengan permainan berbentuk kuiz mengunakan aplikasi ‘Kahoot Game’.

    Presiden NGO Pendidik, Normala Sudirman turut hadir memberi perkongsian dan motivasi dengan membawakan tajuk ‘Penyakit Mualimin Hari Ini’ yang banyak memberi kesedaran kepada peserta.

    Turut diadakan slot Talk Show yang mengabungkan dua ahli panel iaitu Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azzamuden dan Ahli Jawatankuasa Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Taufik Husin. – HARAKAHDAILY 1/11/2019