AG perlu letak jawatan – Nik Abduh

KUALA LUMPUR : PAS mendesak Peguam Negara (AG) meletak jawatan segera kerana masih gagal melakukan pendakwaan ke atas suspek pembununan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Advertisement

Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya membangkitkanayakan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 Peringkat Jawatankuasa semalam.

Berikut adalah Kenyataan penuh Ustaz Nik Mohamad Abduh dalam kenyataannya hari ini.

Saya telah menyebutkan bahawa Peguam Negara sehingga ke hari ini masih gagal memulakan pendakwaan terhadap pembunuh Allahyarham Adib meskipun setelah hampir tiga bulan selepas Mahkamah Koroner Shah Alam mengesahkan Allahyarham Adib telah mati dibunuh.

Adakah siasatan polis masih belum lengkap atau pihak Peguam Negara sendiri sengaja melengahkan pendakwaan tersebut seolah-olah menggambarkan beliau sendiri mempunyai agenda berkepentingan dalam kes ini?

Seterusnya, beliau juga telah menerima kritikan langsung daripada pihak Hakim Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues terhadap kematian Allahyarham Adib.

Ini telah disebutkan dalam penghakiman Mahkamah Koroner Shah Alam yang menjelaskan tindakan Peguam Negara campur tangan dalam inkues sebagai “menyalahi prinsip perundangan”, bersifat “subjudis” selain menganggap inkues hanya sebagai “permainan wayang” dan “rubber stamp”.

Justeru, sewajarnya kesemua justfikasi ini menguatkan lagi desakan supaya Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara. Jelas beliau tidak lagi ada kredibiliti untuk jawatan yang penting dalam negara ini.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Bachok

6 November 2019 bersamaan 9 Rabi’ul Awwal 1441H