Cyber War: Mewarna revolusi dan ‘People-Swarm’

MEN’TEMPLATE’KAN projek Grand Chessboard dan lain-lain

Sebelum ini saya pernah menulis artikel tentang The Grand Chessboard yang dikarang oleh Zbigniew Brzezinski yang diterbitkan pada 1997. Buku ini menggariskan perancangan penguasaan terhadap Eurasia [1]

Sebelum ini juga saya ada menulis tentang Colour Of Revolutions [2] yang menjadi ‘peluang’ kepada Amerika dan Eropah untuk hijack mewujudkan ‘regime change’ selaras dengan projek mereka.

Apa yang boleh kita teliti tentang realiti hari ini ialah bagaimana Warna Revolusi ini dijadikan peluang untuk mencatur Eurasia selaras dengan projek-projek Amerika seperti Grand Chessboard, NME, Yinon Plan dan lain-lain.
.
Sekiranya kita perhatikan ‘timeline’, kita akan dapati ada beberapa kaitan, contohnya The Grand Chessboard diterbitkan pada 1997 untuk mencorak Eurasia, manakala 2000-2005 adalah era permulaan Warna Revolusi.

Dalam pada itu, 2001 merupakan era Islamophobia yang diwujudkan sebagai pertentangan dengan Post Islamism yang muncul ‘tak ada lama sangat’ daripada tarikh itu.

Kita boleh pelajari bagaimana Amerika mengkaji kelebihan Warna Revolusi dalam merencana perancangan mereka. Agensi-agensi mereka dikerahkan untuk merealisasikan agenda ini.

Seperti CIA, NDI, NED, IRI, USAID dan lain-lain kerana matlamatnya sama, cuma strateginya lebih seni. Para pengkaji Warna Revolusi ada yang mengaitkan Warna Revolusi dengan ‘Cyberwar’.

Ini kerana, anak-anak muda yang menjadi ‘ketulan catur’ boleh digerakkan dengan remote internet. Justeru mereka menghala ke arah Cyberwar dengan seni yang lebih halus.

Cyberwar mewarnai revolusi dan kajian RAND Corporation

(1)      Seorang penganalisis Global Research, Stephen Lendman menulis artikel yang bertajuk ‘Civil Disobedience in Hong Kong or US Color Revolution Attempt?’ ada mengaitkan hal ini.

a-     Beliau membuat kesimpulan setelah meneliti kebangkitan di Belgrade, Yugoslavia pada 2000 yang dikenali dengan Revolusi Bulldozer dan Revolusi Oren di Ukraine pada 2004/05

Kesimpulan beliau menyatakan percubaan warna Revolusi AS mempunyai ‘benang’ yang biasa, iaitu bertujuan untuk mencapai apa yang disebut Pentagon ‘mendominasi penuh spektrum’

b-     Antara cara ‘pendominasian’ antaranya dengan meneutralkan serta mengawal Rusia dan China yang merupakan kuasa saingan utama AS dan juga dianggap musuh kerana kemerdekaan mereka itu berdaulat.

Antaranya dengan mengawal sumber Eurasia yang kaya, yang termasuk Timur Tengah, bersama dengan rizab minyak terbesar di dunia Venezuela, adalah matlamat penting kerajaan Amerika.

(2)     RAND Corporation pada 1993, telah menerbitkan kajian yang bertajuk ‘Cyberwar Is Coming’ yang disediakan oleh John Arquilla and David Ronfeldt.

a-     Kajian ini menjelaskan bahawa peperangan bukan lagi pertarungan siapa yang meletakkan modal paling tinggi, pekerja buruh paling ramai dan teknologi paling hebat di medan perang.

Akan tetapi peperangan itu ialah siapa yang mempunyai maklumat terbaik dan dapat menggunakannya secara berfaedah.

b-     Ia menyatakan bahawa teknologi IT terkini menggunakan sistem teknologi maklumat dan komunikasi berkomputer yang canggih dan diinovasikan dalam teori organisasi dan pengurusan.

c-     Teknologi maklumat ‘ditugaskan’ untuk berkomunikasi, berunding, menyelaras, dan beroperasi bersama-sama pada jarak jauh dikenali sebagai Cyberwar yang merupakan ‘blitzkrieg’ hingga peperangan abad ke-20.

Kajian ini menggunakan istilah Blitzkrieg yang bermaksud method perang (method of warfare). Iaitu IT dijadikan sebagai method peperangan yang melibatkan ‘mode’ konflik yang caca marba.

d-     Ia termasuk keganasan, jenayah, dan aktivisme sosial militan. Kajian ini percaya swarming boleh ‘muncul sebagai doktrin definitif untuk melingkungi dan ‘memeriahkan’ kedua-dua Cyberwar dan Netwar.

People-Swarm yang menggerakkan revolusi

Dalam buku ‘Cyberwar and Revolution: Digital Subterfuge in Global Capitalism’ yang dikarang oleh Nick Dyer-Witheford dan Svitlana Matviyenko, mereka ada mengulas tentang Cyberwar.

Ulasan ini berikutan kajian mereka terhadap beberapa serangan siber di Estonia, Georgia antara 2007-2008 dan Revolusi Oren di Ukraine pada 2004/05.

(1)     Mereka mengatakan bahawa Amerika mencetuskan propoganda maya, dan bahagian ketenteraanya meng’create’ ‘sock puppet’. Taktik ‘hyperpersonalized’ memusnahkan musuh-musuh secara bermonitor

(2)     Ia juga ditambah dengan propaganda bersifat komputasi yang mampu menggerakkan penyokong mereka di rumah dan di luar negara. Atau dengan bahasa lain ‘people-swarm’.

Contoh mudah people-swarm ialah umpama serangga kecil yang menghurung sesuatu. Manusia diperalatkan untuk menghurungi bandar-bandar tertentu untuk luahkan bantahan.

(3)     Mereka menyatakan lagi bahawa perisikan medan, sistem pengawasan dan kempen propaganda kesemuanya adalah manifestasi yang panjang untuk ‘merebut’ kepentingan perang.

(4)     Namun, Cyberwar ini boleh jadi ‘backfire’ terhadap Amerika sendiri. Apabila ia digunakan oleh golongan Anti-Amerika untuk bersaing di atas pentas pertempuran Siber ini yang akan diperkatakan selepas ini, insya Allah.

(5)     Secara kesimpulannya, terdapat 3 kali revolusi yang dicorakkan oleh Cyberwar, iaitu;

a-     Warna Revolusi iaitu Revolusi Bulldozer di Yugoslavia pada 2000, Revolusi Rose di Georgia pada 2003 dan Revolusi Oren di Ukraine pada 2004/05

b-     ‘Serangan’ Rusia ke atas Estonia dan Georgia pada 2007/08

c-     Arab Spring 2010/12 di negara Arab.

Langit yang terbuka untuk pasarkan idealogi

Namun, agenda ‘Cyberwar’ ini mendapat kritikan kerana ia seolah-olah menyalahi agenda demokrasi yang dilaungkan oleh Amerika. Bahkan, ia juga menjadi backfire terhadap kuasa besar tersebut.

(1)     Pada 2012, Leon Panetta, sekretariat pertahanan Amerika Syarikat, memberi ucapan, memberi amaran bahawa Amerika Syarikat sedang menghadapi kemungkinan ‘Pearl Harbor cyber’

Mesejnya adalah bahawa Amerika Syarikat semakin terdedah kepada serangan siber asing yang boleh dibongkar atau dipelopori oleh sesiapa sahaja termasuk pesaing Amerika.

(2)     Moises Naim turut menyatakan hal ini di dalam pembentangannya yang bertajuk ‘Why Democracies are at a Disadvantage in Cyber Wars’ yang disiarkan di dalam Journal Of International Affairs.

Beliau menceritakan bahawa pada Januari 2017, Pejabat Pengarah Perisikan Negara Amerika Syarikat melaporkan bahawa Rusia ada campur tangan dalam pilihan Raya Presiden Amerika 2016.

Campur tangan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk serangan siber. Antara yang dikatakan;

‘We assess with high confidence that Russian military intelligence (General Staff Main Intelligence Directorate or GRU) used the Guccifer 2.0 persona and DCLeaks.com to release US victim data obtained in cyber operations publicly and in exclusives to media outlets and relayed material to WikiLeaks’

(3)     Tulisan Moises Naim mendapat respon daripada Professor Matthew Flynn. Beliau mengulas dalam tulisannya yang bertajuk ‘Winning The Cyberwar’.

a-     Beliau menghuraikan bahawa dengan kewujudan ‘Pemberontak Siber’ sedikit sebanyak ‘memaksa’ negara-negara untuk membina pertahanan siber masing-masing.

b-     Contoh yang boleh dilihat,

–      China membina ‘firewall’nya dengan menubuhkan China’s Great Cannon (CGC) sepertimana kertas kerja yang disediakan oleh Universiti Of Toronto dalam 19 halaman.

–     Vietnam mengerahkan 10,000 tentera sibernya menghadapi ‘revolusi aman’ yang dikatakan propaganda Barat. Ia disiarkan dalam web The Diplomat dengan tajuk ‘The Truth About Vietnam’s New Military Cyber Unit’.

–     Indonesia juga tidak ketinggalan dalam mengekang berita palsu. Hal ini turut dilaporkan dalam web The Diplomat dengan tajuk ‘What’s Next for Indonesia’s New Cyber Agency?’

c-     Matthew Flynn mengatakan lagi bahawa hal ini perlu dilihat dalam skop yang terbuka. Kewujudan pemberontak siber seharusnya dilihat dari sudut positif, dan boleh dimanipulasi menjadi manfaat.

Iaitu semua pihak berhak bersaing untuk ‘memasarkan’ idea masing-masing, dan berhak mengatur strategi masing-masing. Sebab itulah beliau menggesa supaya mereka perlu memenagi game ini.

Cyberwar dan People-swarm

(1)     Dalam kancah perang siber ini, Umat Islam juga perlu sedar realiti ‘Battlefield’ yang sebenar. Dengan kewujudan globalisasi sejak pertengahan 90-an sedikit sebanyak mencorak suasana dunia.

Persaingan idealogi semakin bercambah, menuntut supaya Umat Islam tidak ketinggalan dalam persaingan ini untuk memasarkan idea-idea Islam di pasaran antarabangsa.

(1)     Barat menjadikannya sebagai peluang, manakala Umat Islam biasanya melihat sebagai ancaman. Sedangkan kita perlu fikirkan bagaimana kaedah untuk memanipulasi peluang untuk mengurangkan ancaman.

Demikianlah apa yang terjadi dalam banyak perancangan Amerika dan Eropah. Sepertimana yang saya nyatakan di awal tadi tentang Grand Chessboard yang cuba mengatur strategi di Eurasia.

(3)     Jika kita lihat projek Yinon Plan 1982, NME Bernand Lewis 1983, The Grand Chessboard 1997, NME Ralph Peters 2006 dan NME Robin Wright 2013 kesemuanya boleh dilaksanakan dengan mudah melalui peluang-peluang seperti;

a-     Warna Revolusi yang kebanyakannya direncakan di Eurasia

b-     Cyberwar yang me’warna’kan revolusi-revolusi tersebut

Cyberwar memainkan peranan besar dalam mewarnakan banyak revolusi sepertimana yang diceritakan di atas. Khususnya setelah mana kemunculan era globalisasi dan kewujudan jaringan internet.

Dalam masa yang sama, dalam artikel saya sebelum ini tentang Drone Swarm [3] juga menyaksikan bagaimana peperangan sudah bertukar ‘tikar sejadahnya’.

Kalau Drone Swarm kita boleh faham, tetapi kalau People Swarm bagaimana pula? Inilah yang di‘template’kan dalam Warna Revolusi yang diwarnakan oleh Cyberwar.

Cyberwar mewarnakan revolusi dengan slogan ‘Regime change’

Revolusi yang diwarnakan oleh Cyberwar yang mengoperasikan People-Swarm iaitu menggerakkan manusia ‘menghurung tengah bandar’ untuk bangkit menyatakan hak.

Selain daripada provokasi maya, ia juga dilihat dengan permainan kotor. Sarat dengan fitnah-fitnah ditaburkan secara rawak di lapangan internet, sama ada branded mahupun cap ayam.

Di Malaysia, pada 2017 Malaysiakini telah mengakui didanai oleh OSF milik George Soros. Malaysiakini dilihat sebagai provokator paling cemerlang dalam mencetuskan Himpunan Bersih, selain daripada media-media lain.

Propaganda yang dicetuskan dalam media-media cap ayam seperti ini agak laris. Seolah-olah barisan wartawannya mendapat latihan khusus. Media-media seperti ini juga dilihat berfungsi untuk ‘mewarnakan’ apa sahaja revolusi yang diarahkan.

Dilihat tujuan utamanya ialah ‘regime change’. Contoh strategi mereka, boleh dilihat seperti berikut;

(1)     Pembunuhan karakter, untuk membina maksud ‘regime’ yang dipotretkan sebagai korup yang maha dahsyat.

(2)     Menggerakkan revolusi kononnya rakyat di Malaysia adalah yang paling tertindas di abad ini.

(3)     Menyerang isu-isu berkaitan duit sahaja, seperti korupsi, ketirisan, rasuah dan lain lain. Apabila berlakunya korupsi agama, mereka tidak hiraukan.

(4)     Membina fenomena kebangkitan, kebebasan dan mencabar sentimen, tanpa kefahaman. Di sini, idealogi songsang sangat diperlukan.

Sebagai contoh,

(1)     Omar Basyer antara pemerintah Sudan yang bertahan lama selama 30 tahun. Omar Basyer tidak seperti Mesir, Saudi, UAE dan lain-lain yang bersedia menjadi member kamcing Amerika.

Justeru, individu ini mesti dijatuhkan dan ditukar dengan pimpinan lain yang lebih mesra Amerika atas alasan Demokrasi. Lalu rakyat Sudan di‘swarming’kan oleh media.

(2)     Syria diperintah oleh Basyar Asad sejak sekian lama sukar ditundukkan oleh Amerika. Justeru individu ini mesti dibunuh karakternya secara nasional dan antarabangsa.

Amerika mencetuskan konflik Sunni Syiah tetapi dilihat masih belum berjaya. Beliau juga turut dipotretkan sebagai pembunuh rakyat sendiri oleh Amerika melalui Cyberwar.

(3)     Mesir juga mengalami isu yang sama. Kebangkitan Mesir menjatuhkan Hosni Mubarak untuk dihuru-harakan. Namun, dengan demokrasi, kemenangan menyebelahi Ikhwan.

Lalu, Ikhwan Muslimin dipotretkan sebagai Wahhabi, pengganas dan sebagainya untuk digulingkan dan digantikan dengan Presiden yang mesra Amerika.

Begitu jugalah negara-negara yang lain. Rata-rata dikacau dan propagandakan untuk menjayakan siri-siri perancangan mereka seperti Plan New Middle East dan Yinon Plan.

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1219602751566529&id=251201991739948

[2] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1226396417553829/

[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3038403672868039&id=100000953077134 HARAKAHDAILY 6/11/2019

Advertisement