Hari IQ PASTI serlah keyakinan murid

PASIR SALAK: Hari IQ PASTI Kawasan Pasir Salak dengan keterlibatan 20 PASTI Cawangan yang menyertai pertandingan telah berlangsung di Pusat Aktiviti Sosial PAS Pasir Salak, di sini semalam.

Advertisement

Antaranya hafazan al-Quran, nuzul Quran, hafalan doa dan Hadis, bacaan Rumi dan Jawi, serta ‘spelling and reading’ bagi murid 5 dan 6 tahun, sementara murid 4 tahun mengikuti acara pantas mengecam huruf, nombor dan suku kata.

Menurut Pengarah Penaziran PASTI Malaysia, Faridah Dawam, program ini dilaksanakan bagi menguji pencapaian dan kemampuan murid dari sudut akademik dan kemahiran tersendiri serta keyakinan diri berada di luar bilik darjah.

“Ianya juga dapat mewujudkan persaingan sihat antara guru-guru dalam mendidik anak murid, termasuk mempelbagaikan program PASTI Kawasan selain dari Hari Sukan dan Hari Alam Ria.

“Ianya juga sangat bersesuaian serta bertepatan dengan perkembangan fizikal dan mental anak-anak,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti Muslimat PAS Pasir Salak.

Hadir sama adalah Pengarah PASTI Pasir Salak, Izwan Kemat yang turut menyampaikan hadiah kepada semua pemenang pertandingan. – HARAKAHDAILY 6/11/2019