PH terus bawa fitnah perpecahan

DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menempelak ucapan berbaur fitnah yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE) dengan menyifatkan kerjasama PAS Umno adalah rasis dan menindaskan kalangan bukan Islam.

Berdasarkan ucapan tersebut, LGE dilihat semakin terdesak dengan hasutan kepada kaum bukan Islam khususnya untuk menolak kerjasama PAS Umno menerusi Muafakat Nasional yang dibentuk.

Sedangkan terbukti menerusi semangat kerjasama Muafakat Nasional pada hari ini, calon MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di PRK Tanjung Piai dan ia dipersetujui oleh PAS menandakan Muafakat Nasional bukan rasis malah memahami konteks masyarakat majmuk yang sedia ada di dalam negara Malaysia ini.

DPPNS menyeru semua rakyat Malaysia untuk menolak politik fitnah yang dibawa oleh PH sejak kempen PRU14 yang lalu sehingga kini. Pimpinan PH sewajarnya mentadbir dengan keupayaan yang mereka ada bukannya dengan terus menerus menfitnah pihak pembangkang bagi menutupi kelemahan dan menaikkan kebencian yang melulu tanpa sedar tindakan itu hanya mengundang kepada perpecahan rakyat.

Pihak berwajib mestilah tegas untuk mengambil tindakan kepada LGE dan juga mana-mana pimpinan politik yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan berunsur hasutan kerana ia mengundang iklim politik kebencian dan perpecahan di kalangan rakyat.

DPPNS juga turut menyelar YB Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang tersebar ucapannya menerusi satu rakaman video menfitnah dan menghasut kebencian pengundi di PRK Tanjung kepada PAS Umno.

DPPNS secara berprinsipnya mengajak semua rakyat yang berbilang kaum untuk menyemai perpaduan dengan bersama-sama Muafakat Nasional dan menolak sebarang agenda provokasi dan fitnah jahat yang dilemparkan oleh pimpinan-pimpinan PH ini.

“Demi Islam”
“Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah”

Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 6/11/2019

Advertisement