SRITI Al Helmi perlu dana tambah kelas

BUKIT GANTANG: SRITI Al-Helmi Bukit Gantang memerlukan hampir RM40,000 bagi keperluan menyewa, mengubahsuai dan membeli peralatan kelas sebagai persediaan untuk sesi baru persekolahan tahun depan.

Advertisement

Timbalan Pengerusi SRITI Al-Helmi, Zu Hazmin Badri berkata, dana tersebut juga bagi projek ubahsuai untuk menambah dua kelas dan sebuah dewan serbaguna bagi menampung pelajar sedia ada dan pelajar baru yang dijangka bertambah tahun hadapan.

“SRITI Al Helmi telah beroperasi sejak 2017 dan kini jumlah pelajarnya seramai 126 orang dan dijangka bertambah lagi 55 orang sesi depan,” maklum beliau.

Zu Hazmin menjelaskan demikian semasa hadir dalam Pelancaran Derma SRITI Al Helmi untuk sesi 2020 yang  telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad selepas Liqa Fikri PAS di Markaz Tarbiyah PAS Bukit Gantang, di sini kelmarin.

Katanya , mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Guru Besar SRITI Al-Helmi, Ustaz Fadhil Abdullah di talian 012-550 6835  atau melalui akaun Bank Muamalat SRITI Al Helmi 08020002752715 . – HARAKAHDAILY 7/11/2019