Steven Sim biar sedar diri di mana

SAYA telah dihubungi oleh pihak tertentu untuk mengatur debat dengan YB Steven Sim, saya telah nyatakan kesanggupan. Bagaimanapun pagi ini saya dimaklumkan beliau hanya sanggup untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS sahaja.

Saya tahu inilah perangai pimpinan DAP. Tidak munasabah sepatutnya dia mahu mencabar Timbalan Presiden PAS. Saya pun tahu diri dan tak cabar Lim Kit Siang misalnya, kerana semua orang ada peringkatnya.

Saya Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, apa masalahnya untuk sepentas dengan YB Steven Sim? Takutkah? YB Steven pun dua tahun lebih muda dari saya, so fair. Jika alasannya kerana Timbalan Presiden PAS yang mentohmah Lim Guan Eng, nah sekarang saya nyatakan “DAP bahaya untuk negara!”.

Kalau alasannya kerana anda Timbalan Menteri, tentutnya anda tidak akan dapati dalam kalangan pembangkang Timbalan Menteri yang sepadan, kerana tiada pembangkang menyertai kabinet.

Apa alasan lagi untuk lari dari debat?

Hebat mengecam Utara Selatan,
Di sini sana fitnah dihulur,
Nampak macam ayam jantan,
Rupanya betina pencen bertelur.

AHMAD FADHLI SHAARI
8 November 2019 – HARAKAHDAILY 8/11/2019

Advertisement