Adun Tahan dakwah Orang Asli di pedalaman

JERANTUT: Adun Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin telah mengadakan ziarah dakwah kepada masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asal Sungai Keniam, di sini semalam.

Advertisement

Kunjungan tersebut turut disertai Team Kembara Syahadah dari Ibu Negara bagi menyampaikan sumbangan dan menerangkan mengenai Islam kepada 27 keluarga meliputi lebih 100 penduduk.

Ianya menjadi sebahagian usaha agama secara meluaskan dakwah kepada kaum minoriti ini dengan menyeru mereka kepada kebaikan Islam, selain menunaikan tanggungjawab kemanusiaan.

Beliau bersama delegasi tersebut telah mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah menyantuni setiap warga, selain turut mengeratkan hubungan melalui majlis makan tengahari bersama penduduk.

Ustaz Zakhwan turut menyampaikan khutbah dan memimpin solat Jumaat di Masjid Kampung Pagi, manakala di sebelah malamnya telah menyampaikan Ceramah Maulidur Rasul di Masjid Kampung Bukit Mat Daling.

Kata beliau, tiada perkara lain diharapkan dari usaha tersebut melainkan impian agar Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kaum Orang Asli untuk menerima Islam. – HARAKAHDAILY 9/11/2019