PAS Kampar berdakwah ke kampung Orang Asli

KAMPAR: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kampar telah menganjurkan program Islam Itu Indah di Kampung Orang Asli, Felcra Air Denak, di sini kelmarin.

Advertisement

Program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan dan mesej dakwah kepada 36 keluarga Orang Asli yang menetap di desa ini dan sudah memeluk Islam.

Program ini turut disertai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak, Ustaz Azmi Murad dan Yang Dipertua PAS Kampar, Ustaz Sofian Rejab.

Antara pengisian dalam program ini adalah tazkirah Maulidur Rasul, penyampaian sumbangan kepada masyarakat Orang Asli dan konvoi bermotor daripada ARC Kampar.

Ustaz Sofian dalam ucapannya telah menekankan bahawa PAS bukanlah sekadar parti politik, tetapi juga merupakan jemaah yang menjadikan dakwah sebagai teras utama.

“Walaupun PAS kalah bertanding di Dun Tualang Sekah pada PRU14 yang lalu, kerja dakwah dan kebajikan kepada masyarakat Orang Asli tetap juga dilakukan,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar program dakwah terhadap masyarakat Orang Asli ini dapat dilakukan secara berterusan sehingga menyentuh tangkai hati mereka untuk istiqamah dengan Islam. – HARAKAHDAILY 12/11/2019