PAS-Umno Taiping santuni asnaf di Kamunting

TAIPING: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Taiping telah bekerjasama menyantuni golongan asnaf dalam program Agihan Sumbangan Barang Dapur di Markas PAS Cawangan Sungai Relong, Kamunting, di sini kelmarin.

Advertisement

Program yang mengukuhkan Muafakat Nasional antara PAS dan Umno ini juga bertujuan meringankan beban golongan memerlukan ini atas kesulitan hidup dihadapi mereka menerusi sumbangan disampaikan.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Taiping, Alias Ahmad berkata, setiap PAS Cawangan telah digerakkan bagi menjejaki golongan asnaf dan mengumpul sumbangan daripada korporat serta orang ramai.

Setiap penerima diberikan barangan harian berupa keperluan dapur berupa beras, minyak masak, gula, teh, kopi, tepung dan lain-lain yang disampaikan Yang DiPertua PAS Taiping, Ustaz Saidin Hasnam dan pimpinan lain.

Antara yang hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Taiping, Ibrahim Ismail dan Naib Ketua Umno Taiping, Mohd Effendy Dato’ Zailani serta Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Taiping, Rafeah Jaafar. – HARAKAHDAILY 13/11/2019