PAS Zon Klebang kumpul dana ‘Back To School’

TAMBUN: PAS Zon Klebang bakal menganjurkan program Back To School 2020 bagi menyampaikan sumbangan kepada pelajar dari golongan memerlukan menjelang sesi persekolahan baru.

Advertisement

Program tahunan ini melibatkan gabungan enam PAS Cawangan iaitu Medan Klebang Restu, Klebang Prima, Batu 6 Klebang Selatan, Klebang Putra, Klebang Jaya dan Kampung Seri Klebang.

Menurut Ketua PAS Zon Klebang, Ustaz Rosli Azizan, biarpun penduduk di Zon Klebang terletak di kawasan Bandaraya Ipoh, hakikatnya ramai mereka dihimpit kos sara hidup yang sangat tinggi.

“Oleh itu, PAS Zon Klebang komited untuk menjayakan program ini. Kini kita sedang kumpul dana orang ramai bagi disampaikan bantuan persekolahan sesi 2020.

“Dari borang asnaf yang dikumpul, kebanyakan keluarga yang layak menerima ini memiliki purata pendapatan kurang dari RM800 sebulan,” maklumnya selepas mesyuarat di PASTI Al-Aisar, Chemor di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Tambun memaklumkan, program seumpama turut diadakan di semua Zon dalam kawasan ini seali gus menjadi penanda aras keprihatinan PAS.

PAS Zon Klebang mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi menjayakan program tersebut dengan menghubungi Ustaz Rosli di talian 010-844 9343 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – HARAKAHDAILY 14/11/2019