‘Pulau Nami’ jadi tarikan pelancong

    BACHOK: Jangan terkejut di Kelantan ada juga lokasi yang dikenali sebagai Pulau Nami. Deretan pokok ru di pantai itu menyeronokkan mata memandang.

    Advertisement

    Lokasi pelancongan itu terletak di Pantai Senok, menjadi destinasi tarikan pelancongan baharu di negeri itu.

    Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pantai berkenaan akan lebih dikenali Pulau Nami termasuk dalam rangka Pelan Induk Pembangunan Lanskap Pantai Senok.

    Katanya, beberapa tahun lagi Pantai Senok akan dilengkapi pelbagai kemudahan asas dan lanskap yang menarik.

    “Jabatan Perhutanan telah menanam sebanyak 4,344 pokok rhu di pantai ini sejak 2009,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa kali Ke-48 dan Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat Negeri 2019 di sini hari ini. (Foto: Menteri Besar merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2019.)

    Turut hadir Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Ahmad Robert Abd Rahim, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat. – HARAKAHDAILY 14/11/2019