Ijtimak Tarbawi 7.0 bermula hari ini

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak seluruh Pemuda PAS untuk menghadiri Ijtimak Tarbawi 7.0 yang akan dilangsungkan di Kuala Kangsar, Perak pada hari ini dan esok.

Advertisement

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin menjelaskan bahawa terdapat faktor penting perlunya menghadiri program tersebut.

“Pertama, membinaan jati diri Pemuda PAS, kita tahu PAS adalah sebuah parti yang menekankan aspek dakwah, tarbiyah dan siasah.

“Ini adalah DNA tarbiyah Pemuda PAS yang akan diulas dengan lebih jelas dalam program tersebut,” katanya dalam dalam satu kenyataan.

Selain itu menurutnya, bagi membentuk keselarian pemikiran dan amal kepada seluruh kepimpinan pemuda dan pendokong parti itu.

Jelas beliau, dengan adanya keselarian itu akan memudahkan dan mengefisyenkan pergerakan pemuda parti itu di dalam memperjuangkan keadilan Islam dan isu rakyat.

Dalam masa yang sama terangnya, ijtimak tersebut sebagai tempat untuk pemimpin mengulas tentang isu semasa yang dikaitkan dengan nas Al-Quran dan Sunnah serta sirah Nabawiyah.

Sehubungan itu, Khairil berkata bahawa program itu juga tempat untuk menunjukkan kapabiliti Pemuda PAS dalam mengendalikan suatu program berskala besar yang akan membawa kepada satu aras pemikiran baru kepada anak muda di seluruh negara. – HARAKAHDAILY 15/11/2019