Dua anak Tok Guru lancar buku terbaru Presiden

    KUALA KANGSAR: Ijtimak Tarbawi 7.0 menjadi medan tarbiyah penting buat seluruh ahli jemaah PAS khususnya para pemuda pemudi yang menjadi generasi penyambung perjuangan Islam di Malaysia.

    Advertisement

    Budaya ilmu ini terus subur melalui sesi komentar forum dan pembentangan kertas kerja serta buku-buku haraki yang turut dijual sepanjang program berlangsung.

    Buku terbaru tulisan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjudul ‘Budaya Politik Matang & Sejahtera Suatu Penyelesaian’ antars mesti dimiliki oleh setiap ahli PAS.

    Dua tokoh anak Tok Guru yang juga pimpinan disegani dan mantan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz telah menyempurnakan pelancaran buku tersebut.

    Majlis dibuat dalam sesi Forum Mantan Ketua Pemuda di pentas Ijtimak Tarbawi 7.0 yang berlangsung di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk di sini petang tadi.

    Buku tersebut menghimpunkan karya Tuan Guru Presiden PAS yang memberi tasawwur praktikal terhadap Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan PAS sejak dahulu lagi.

    Malah buku ini bukan sahaja mengutarakan berkenaan teori politik Islam, bahkan aplikasinya dalam realiti politik serta penjelasan isu penting negara dengan rangkuman sejarah, fakta, nas syarak. – HARAKAHDAILY 16/11/2019